Khamis, 01 Januari 2015
Sekolah Kebangsaan Ibok telah mengadakan
hari pendaftaran bagi murid tahun 1 sehingga tahun 6. Sekolah Kebangsaan Ibok
telah menerima kunjungan daripada murid tahun 1 seramai 54 orang untuk
mendaftarkan diri di sekolah ini. Tuan Guru Besar juga telah memberi taklimat
tentang perancangan dan aktiviti sekolah sepanjang tahun 2015 kepada ibubapa.
Majlis ini turut dihadiri oleh Naib Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Ibok Tn.
Hj Idris bin Muhamad. Majlis ini berjalan dengan lancar hasil kerjasama yang
telah diberikan oleh ibubapa. Majlis ini berakhir pada pukul 12.30 tengahari.